Maurice

Tajuk: Maurice
Tahun: 1987
Negara: UK

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 7/10 Bintang
Rating Sex: 6/10 Bintang

Kisah ini memaparkan percintaan homoseksual di antara Maurice Hall di awal tahun 1900. Maurice merupakan seorang pelajar pintar di United Kingdom yang bertemu dengan seorang pelajar senior, Clive Durham di kolej yang sama. Perkenalan mereka melahirkan perasaan intim di antara mereka dan akhirnya Clive sendiri telah meluahkan perasaan cintanya kepada Maurice. Maurice yang pada asalnya mengelak, akhirnya akur dengan isi hatinya sendiri dan mula menyayangi Clive sepenuh hati. Disebabkan hubungan homoseksual di zaman itu merupakan satu jenayah di United Kingdom, mereka terpaksa menyembunyikan dan berhati-hati dengan tindak tanduk mereka. Kerana undang-undang yang ketat itu, Clive mula berubah dan menjauhkan diri. Cinta dan sayang Maurice akhirnya lebur apabila Clive mengahwini wanita pilihannya. Hidup Maurice perlahan-lahan menjadi hancur bermula daripada saat itu.

Bagaimanakah Maurice meneruskan hidupnya selepas itu? Mampukah dia meniti sisa-sisa hidupnya tanpa Clive yang dicintainya itu? Adakah akan terubat hatinya di kemudian hari?

No comments: